Semoga dengan adanya halaman web ini dapat membantu anda mendapatkan sedikit sebanyak maklumat mengenai SK Taman Muhibbah.
- Sejarah sekolah
- Visi dan Misi
- Lencana
- Lagu Sekolah
- Lokasi
- Kemudahan sekolah
SEJARAH SEKOLAH
SK Taman Muhibbah siap dibina pada bulan Disember 2001. Mula
beroperasi pada 1 Jun 2002 dengan jumlah muridnya seramai 492 orang dan 21
orang tenaga pengajar. Nama sekolah ini mengambil sempena nama kawasan
Perumahan Taman Muhibbah. Murid-murid dan guru-guru didatangkan dari 3 buah
sekolah iaitu Sk Kulai 1, SK Kulai 2 dan SK Kulai Kampung Melayu
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera"
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
LENCANA
Berbentuk perisai: Berusaha, Berjaya dan Berbakti
Buku: Ilmu yang dituntut oleh murid-murid
Jangka Sudut: Ilmu yang ditekankan kepada
murid untuk menghadapi era teknologi
Obor: Menerangi hidup sekarang dan pada masa akan
datang
Biru: Keharmonian murid-murid pelbagai kaum
Merah: Kekuatan, keazaman dan iltizam untuk
menempa kejayaan
Kuning: Usaha untuk mendapatkan kejayaan dan berbakti
kepada tanah air yang berpelembagaan dan berpayungkan
LAGU
Berdiri megah sekolahku
Nun tersergam indah
Kami pelajar SKTM
Berusaha belajar berbakti
Guru-guru yang berdedikasi
Berteraskan wawasan
Kami pelajar SKTM
Penjana wawasan negara
c/o
SKTM sekolahku
Tempatku menimba ilmu
SKTM syurgaku
Teras kejayaanku
Kami pelajar SKTM
Berusaha Berjaya berbakti
Nun tersergam indah
Kami pelajar SKTM
Berusaha belajar berbakti
Guru-guru yang berdedikasi
Berteraskan wawasan
Kami pelajar SKTM
Penjana wawasan negara
c/o
SKTM sekolahku
Tempatku menimba ilmu
SKTM syurgaku
Teras kejayaanku
Kami pelajar SKTM
Berusaha Berjaya berbakti
LOKASI
No comments:
Post a Comment